Assalamualaikum,..
Mohon maaf klo bahasanya susah dimengerti,soalnya langsung copas dari blog temen Malaysia,...
Semoga bisa mengambil kebaikan dari tulisan ini,..Insya Allah,..
salam alaik
Mungkin ramai yang sudah mengetahui analogi ini yang mungkin tidak lagi valid untuk anda yang sudah lama dalam tarbiyyah dan dakwah ini tapi mungkin ianya berguna untuk new comers yang ingin mengenal keindahan dakwah itu sendiri.
Dakwah yang dieertikan umpama penjualan barang yang indah dan jalan juga dieertikan seperti jalan raya kemudian saya mendapat tahu apakah yang boleh di analogikan dengan dakwah fardiah iaitu dakwah untuk menarik manusia mnejadik askar-askar dakwah.
Memancing Ikan!
Ya. Itulah yang boleh disamakan dengan Ikan, mungkin ramai yang sudah bosan dengan cara penulisan saya yang menumpukan dengan analogi tapi mungkin itulah yang saya mampu sumbangkan kepada maya ini.
Ikan yang didalam lautan yang kita x mungkin tahu apa yang ada didalamnya, Dengan bergelumang pelbagai jenis ikan dan kita akan memancing ikan. Kita xtahu apa jenis ikan yang akan kita tangkap dan kita tak tahu bagaimana reaksi mereka apabila kita tangkap ikan-ikan tersebut.
Tapi cuba kita bertanyakan kepada pemancing-pemancing handalan, mereka mesti mengatakan bahawa perkara yang paling seronok bagi mereka ialah dapat bergelut dengan ikan dan semakin ikan itu liat untuk mengalah, pemancing itu akan merasakan semakin seronok. Kerana kepuasan selepas ikan itu yang ditangkap dengan kemanisan isi ikan yang enak dan kebesaran ikan itu sendiri dan yang penting kepuasan pemancing dapat mengalahkan ikan yang liat itu berbeza dengan kepuasan ikan yang senang sahaja mengalah dengan kita.
Begitu juga dakwah fardiyyah, sebenarnya semakin susah manusia itu untuk mengikut kita, sebenarnya kepuasan setelah berjaya diDF kan adalah lebih bermakna daripada proses menangkap mereka. Semuanya terpulang kepada rezki kita , mungkin kita hanya akan dapat ikan yang biasa dan senang ditangkap dan mungkin keesokan hari nya kita akan mendapat ikan yang sukar untuk ditangkap.
Semuanya terpulang kepada kehendak Allah yang menentukan siapa next tangkapan kita. yang penting kita sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menjalan amanah yang Allah telah berikan kepada kita dan bertawakkal kepada Allah supaya Allah memberikan kita kekuatan untuk menDFkan ikan-ikan itu. Yang paling penting keyakinan kita bahawa Allah yang akan menentukan kita dapat Ikan itu atau tak. Bukan kita untuk menentukan!.
Tapi ingatlah Allah maha Adil dalam mengajarkan hambanya pengajaran. Sekiranya kita berjaya menangkap Ikan itu, kita akan merasakan kemanisan persahabatan ukhuuwah yang didapati ddengannya yang mana orang lain tidak akan dapat merasai seperti kita dapat merasai kesedapan ikan yang kita pancing. Sebaliknya sekiranya kita gagal untuk dapat ikan yang dipancing itu, satu pengajaran yang orang pon tak boleh untuk dapat ialah pengajaran SABAR yang merupakan pengajaran yang sukar di adaptasi dalam kehidupan manusia sekarang.
Janganlah kita merajuk dengan Allah sekiranya sudah berjam-jam kita tunggu di lautan tetapi tidak seekor pon ikan yang memakan umpan kita, tetapi tanya la kepada diri kita adakah betul ke umpan yang kita pakai ini . adakah sesuai dengan keadaan lautan atau sesuaikah ianya dengan musim itu. mungkin kita patut berguru dengan pakar professional untuk mengetahui umpan dan cara yang paling berkesan untuk mendapat ikan dalam tempoh yang pendek. jangan hanya duduk dan berdoa kepada Allah supaya ikan itu berjaya di pancing sampai lupa untuk memuhaasabah diri tentang apa yang kita pancingkan.
Begitujugalah dakwah yang indah ini. dakwah ini perlu dimuhasabah setiap hari, mengetahui kelemahan kita menDFkan manusia, sentiasa berkomunikasi dan memohon pendapat dari yang pakar dalam arena dakwah ini dan yang penting jangan salahkan diri sekiranya tidak ada mad’u yang lekat dengan kita, kita hanya perlukan skill yang perlu di asah sedikit dengan sedikit.
sebegitu pemancing professional, mereka tidak akan dapat menjadi professional sekiranya mereka tidak berlatih dengan kerap cara pemancingan, pembacaaan tentang jenis ikan yang ingin ditangkap dan umpan yang sesuai dengan ikan yang kita ingin pancing.
Janganlah kita menganggap bahawa cara pemancingan dan umpan adalah sama dengan semua jenis ikan yang kita ingin dapatkan kerana ia sudah tentu berbeza dengan keadaan habitat dan jenis ikan yang kita ingin tangkap.
InsyaAllah , kita memohon yang Allah memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dengan aktiviti memancing kita kerana kita senang bosan dengan aktiviti yang tidak mendapatkan hasil. Selalu berdoa dan insyaAllah Allah akan memakbulkan sekiranya kita betul-betul ikhlas berdoa kepadaNya. Cuma masa yang menentukan.
Wassalam
original source: http://www.facebook.com/l/26fc4;musabsahrim.wordpress.com/2008/11/27/memancing-ikan/
No comments:
Post a Comment